SIHATHON
Pada 11 November 2017, pihak PIBG SK Taman Kosas telah mengadakan satu program yang dinamakan 'SIHATHON'. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi tujuan penambahbaikan fasiliti-fasiliti di sekolah tersebut. Selain itu, program ini juga merupakan satu platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjaga kesihatan diri sendiri.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti senam robik, permainan kanak-kanak, rumah hantu dan juga jualan gerai. Pihak ibu bapa mengambil bahagian dalam pembukaan gerai sepanjang program tersebut. Pelajar harus menggunakan kupon yang telah disediakan untuk membeli makanan dan minuman. Pihak guru pula, bertanggugjawab dalam aktiviti senamrobik dan juga permainan untuk pelajar-pelajar.
Kami yang terdiri daripada 6 orang pelajar Universiti Malaya telah menyumbang tenaga bagi menjayakan aktiviti-aktiviti di sekolah tersebut.
Comments
Post a Comment