Skip to main content

PROJEK KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM

KEBATIM

Projek ini merupakan projek dibawah kelolaan Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya. Objektif utama KEBATIM adalah untuk membantu anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pada 9 Disember 2017, kumpulan kami beserta kumpulan dari Kolej Kediaman Kelima telah mengadakan sebuah program amal di Rumah Kesayangan, Petaling Jaya atau lebih dikenali sebagai RUKESA. Rumah RUKESA yang terletak di Petaling Jaya ini merupakan rumah utama dan juga asrama bagi kanak-kanak perempuan. Bagi asrama lelaki pula, mereka mempunyai asrama baharu yang terletak di SS14, Petaling Jaya. 

Aktiviti yang dilakukan perlu diasingkan mengikut lelaki dan perempuan. Aktiviti yang kami lakukan ini mengikut subjek-subjek tertentu seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Bagi aktiviti Bahasa Melayu, kami telah mengadakan aktiviti berpantun dan juga teka teki minda. Manakala bagi bahasa Inggeris, kami mengadakan pertandingan menyenaraikan beberapa perkara yang terdapat di sesuatu lokasi dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan kanak-kanak tersebut dalam bahasa Inggeris kerana apa yang kami dapati, sesetengah daripada mereka pengetahuan dalam bahasa tersebut tetapi jarang sekali mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain itu, kami juga mengadakan eksperimen Sains. Hal ini demikian, telah mencuri perhatian kanak-kanak tersebut. Kami juga menggunakan kaedah pemahaman yang mudah bagi memudahkan kanak-kanak tersebut untuk memahami kejadian berlaku disebalik eksperimen yang dilakukan.

Tambahan pula, kami juga mengadakan aktiviti secara berkumpulan bagi mengisi masa di waktu tengahari. Aktiviti yang dilakukan hanyalah aktiviti yang ringan dan juga menarik kerana kami tahu pada waktu itu kanak-kanak semestinya berasa penat dan lapar. Kami telah mengadakan permainan origami dan juga beberapa aktiviti ujian pendengaran yang sangat menarik.

VIDEO AKTIVITI DI RUKESA






Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI

MUHAMMAD ASYRAF BIN KHAIRUL ANUAR KIG170084 Salam Sejahtera, saya ucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang dihormati dan rakan-rakan sekalian. Penulisan refleksi saya ini akan membentangkan beberapa perkara penting yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas menjalalani program pertama kami ini. SEBELUM Pada 3 minggu pertama kami telah menghadiri kuliah jalinan masyarakat di Fakulti Kejuruteraan. Sepanjang 3 minggu tersebut kami telah mencadangkan beberapa aktiviti yang ingin dilakukan untuk projek kami ini. Beberapa aktiviti telah dicadangkan seperti kitar semula, melawat anak-anak yatim, dan membantu gelandangan. Antara aktiviti kami tersebut, hanya satu diluluskan. Malang sekali, kesilapan kami sendiri membuatkan kami gagal untuk berhubung dengan pensyarah kami dengan baik. Kami berasa sungguh kesal kerana tiada komunikasi yang baik antara kami, Kami hanya terdiri daripada 6 orang pelajar. Hal ini membuatkan kumpulan kami kekurangan tenaga kerja. Tambahan pula, s...

LET'S RECYCLE !

KITAR SEMULA Aktiviti terakhir kami adalah melakukan aktiviti kitar semula. Aktiviti kitar semula ini dilakukan di beberapa kolej kediaman yang terdapat di dalam Universiti Malaya. Kami telah mengutip barang-barang seperti botol terutamanya dari kalangan penghuni kolej. Selain itu, kami juga melakukan pengutipan surat khabar terpakai kerana apa yang kami dapati terdapat banyak surat khabar yang tidak dibaca dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Oleh itu, kami telah mengambil langkah untuk mengumpul surat khabar lama untuk dikitar semula. Seterusnya, kami juga mengutip kotak-kotak lama yang terdapat di merata tempat dan dikumpulkan di Kolej Kediaman masing-masing untuk dikitar semula.