Skip to main content

REFLEKSI


MUHAMMAD ASYRAF BIN KHAIRUL ANUAR
KIG170084

Salam Sejahtera, saya ucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang dihormati dan rakan-rakan sekalian. Penulisan refleksi saya ini akan membentangkan beberapa perkara penting yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas menjalalani program pertama kami ini.



SEBELUM

Pada 3 minggu pertama kami telah menghadiri kuliah jalinan masyarakat di Fakulti Kejuruteraan. Sepanjang 3 minggu tersebut kami telah mencadangkan beberapa aktiviti yang ingin dilakukan untuk projek kami ini. Beberapa aktiviti telah dicadangkan seperti kitar semula, melawat anak-anak yatim, dan membantu gelandangan. Antara aktiviti kami tersebut, hanya satu diluluskan. Malang sekali, kesilapan kami sendiri membuatkan kami gagal untuk berhubung dengan pensyarah kami dengan baik. Kami berasa sungguh kesal kerana tiada komunikasi yang baik antara kami, Kami hanya terdiri daripada 6 orang pelajar. Hal ini membuatkan kumpulan kami kekurangan tenaga kerja. Tambahan pula, sebahagian daripada kami terlalu sibuk dengan aktiviti kolej sehingga menyebabkan perbincangan secara berkumpulan sukar untuk dilakukan. Setelah telah melakukan beberapa pertemuan dengan ahli kumpulan, kami menyedari segala proses persiapan aktiviti kami dan juga perancangan kami berada dalam keadaan yang sangat teratur. Oleh itu, kami mempelajari bahawa sesebuah kumpulan mahupun masyarakat mampu bergerak menuju satu agenda dengan adanya komunikasi yang baik.

SEMASA

Program pertama kami iaitu SIHATHON di SK Taman Kosas telah berlangsung dengan begitu baik sekali. Kami telah berinteraksi dengan pihak sekolah dengan tujuan untuk menyumbang tenaga bagi melaksanakan program tersebut. Walaupun jumlah pelajar begitu ramai, kami dapat mengawal mereka dengan bantuan ibu bapa dan guru-guru. Dengan itu, saya dapat lihat bahawa berlakunya interaksi yang baik antara kami dan pihak guru dan juga ibu bapa sepanjang program berlangsung.

Program kedua kami pula, merupakan program kolaborasi dengan Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya. Projek ini dinamakan KEBATIM dengan maksudnya 'Kebajikan Anak Yatim'. Program kami ini diadakan di Rumah Kesayangan (RUKESA) di Petaling Jaya. Apa yang kami dapat pelajari sepanjang aktiviti kami di sana ialah kita mestilah mendalami dan memahami jiwa anak-anak yatim ini supaya kita dapat menghiburkan hati mereka yang sunyi. Saya berasa bangga bahawa setiap daripada kami mampu memberikan kasih sayang walaupun tidaklah seperi kasih sayang ibu bapa. Senyuman yang terukir di bibir mereka cukup membuatkan kami berpuas hati dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang manusia. Setiap kanak-kanak di situ mempunyai tenaga yang berbeza-beza. Ada yang periang dan ada juga yang pendiam. Oleh itu, aktiviti yang kami lakukan amatlah wajar kerana tidak berat bagi mereka.

SELEPAS

Kami mempunyai kekurangan yang begitu banyak. Apa yang dapat dipelajari, sebagai seorang mahasiswa Universiti Malaya, alasan sibuk dengan projek lain adalah tidak wajar dikatakan kerana pembahagian masa yang baik perlu ada dalam setiap individu. Kami juga harus sedar bahawa subjek Jalinan Masyarakat ini bukanlah subjek yang boleh dipandang endah kerana ia mampu memberikan kesan yang positif kepada diri sendiri dan juga masyarakat. Walaupun kami dihimpit dengan kekurangan dan kelemahan, kami dapat menyelesaikannya dengan melakukan komunikasi yang betul bersama-sama ahli kumpulan. Perbincangan di dalam 'whatsapp' bukanlah tidak efektif tetapi dengan melakukan perbincangan secara berkumpulan dengan betul, pelbagai perkara dapat diselesaikan termasuklah konklusi sesebuah perbincangan. Tambahan pula, subjek ini mengajar saya untuk berinteraksi dengan agensi-agensi luat bagi melaksanakan sesuatu projek. Akhir sekali, sebagai seorang manusia, kita harus sedar bahawa kita hidup dalam satu masyarakat. Kita dilahirkan untuk sentiasa bergantung antara satu sama lain tidak kira kaya, miskin, lemah mahupun kuat. Jikalau kita tiada duit untuk memberi sumbangan, cukuplah tangan dihulurkan. Jikalau kita tiada masa untuk melakukan, siapa lagi selain kita yang bergelar seorang insan.


IKHLAS FIKRY HAFIDZAL

KIG170039




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam mahabbah kepada pembaca blog http://the24socialengagement.blogspot.my/ sekalian. Seperti yang diterangkan dalam dekripsi blog ini, saya dari kumpulan 24 telah menjalankan kerja kursus “Jalinan Masyarakat” selama beberapa minggu ini telah banyak memberi impak serta kesan kepada diri saya sendiri dan rakan sekumpulan saya. Oleh itu, refleksi ini dihasilkan untuk memudahkan saya menceritakan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dijalankan selama beberapa minggu ini.

 FASA PERANCANGAN

Sebelum saya berada dalam kumpulan 24, saya hanya menghadiri kuliah “Jalinan Masyarakat” di Dewan Kuliah, Blok U, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (FKUM). Walaupun jauh dari kolej kediaman saya, Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12) dan kuliah tersebut diadakan pada waktu malam, perkara ini tidak menjadi halangan kepada saya. Di sana pada asalnya saya bagaikan “tin kosong” dan pensyarahlah yang mengisi “biskut” ke dalam tin kosong tersebut dengan menerangkan apa tujuan kerja kursus ini diwujudkan di FKUM. “What you give, you get back”, itu antara kata-kata yang sering saya dengari apabila menghadiri kuliah tersebut, kerana kerja kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar university untuk berkhidmat kembali kepada masyarakat sekitar.

Selepas itu, tibalah masa untuk berpecah kepada kumpulan, saya merasakan diri saya sangat bertuah kerana berjaya mendapat sekumpulan kawan-kawan saya daripada asasi. Hal ini meningkatkan semangat bekerjasama kami dan merapatkan ukhwah kami bagaikan sebuah USRAH (bermaksud keluarga dalam bahasa arab). Malangnya, ketika itu, kami hanya 5 orang sahaja dan bilangan ahli kumpulan yang paling optima ialah 10 orang. Oleh itu, kami telah berputus untuk mengajak seorang pelajar antarabangsa daripada Bangladesh bernama Neeroj. Antara kelebihan adanya seorang pelajar antarabangsa seperti Neeroj, dia mampu untuk memberi perspektif yang berbeza apabila kami berbincang dalam kumpulan dan juga memberi peluang kepada Neeroj untuk bersosial dengan orang tempatan.

Terdapat banyak jenis khidmat masyarakat yang boleh saya sumbangkan kepada masyarakat, akan tetapi, selepas beberapa perbincangan dengan ahli kumpulan saya, kami telah berputus untuk mengadakan 2 buah program iaitu menjadi sukarelawan di program hari kantin sekolah yang dipanggil “Sihatton” di SK Taman Kosas, Ampang dan mengadakan program Kebajikan Anak Yatim (KEBATIM) anjuran Kolej Kediaman Dayasari (KK5), Universiti Malaya di Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), Petaling Jaya.

FASA SEMASA

Program pertama kami adalah menjadi sukarelawan program “Sihatton” di SK Taman Kosas pada 11 November 2017 (Sabtu). Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengumpul dana untuk tujuan pembaikian dan naik taraf kemudahan yang terdapat di SK Taman Kosas.

 Antara aktiviti yang telah diadakan ialah sesi senamrobik iaitu bersenam mengikut rentak lagu. Di kolej, saya telah biasa melibatkan diri dalam program Zumba anjuran “Royal Zumba”. Saya mendapati bahawa senamrobik dan Zumba adalah dua senaman yang amat berbeza. Zumba banyak mengandungi pergerakan yang rancak dan juga unsur-unsur hip-hop, soca, samba, salsa, merengue & mambo, tetapi senamrobik menggunakan pergerak yang lebih perlahan dan mudah pergerakannya. Walau bagaimanapun, sesi tersebut sangat seronok dan mereka banyak menggunakan lagu-lagu yang popular seperti Baby Shark Doo Doo dan lagu tema Boboiboy & Upin-Ipin. Sesi ini diadakan pada pukul 9 pagi supaya pelajar sekolah, guru-guru serta ibu bapa akan lebih aktif dan memanaskan badan untuk berseronok pada program “Sihatton” pada hari tersebut. Selepas itu, saya melihat terdapat banyak gerai jualan, rumah hantu dan juga game booths ala karnival.

Pasukan saya ditugaskan untuk menjaga game booths. Di sana, pelajar, guru, ibu bapa atau sesiapa sahaja sekalipun boleh bermain permainan yang telah disediakan. Terdapat permainan menjatuh tin kosong, dart teng-teng, sangkut pundi kacang dan lain-lain lagi. Untuk menyertai permainan ini, para pengunjung perlulah membayar yuran kemasukan melalui pengunaan kupon yang perlu dibeli daripada pihak sekolah. Saya mendapati bahawa sistem kupon agak bagus kerana dapat mengira sumbangan dana wang yang telah dikumpulkan oleh pihak sekolah. Selain itu, kupon juga hanya bernilai di dalam kawasan sekolah itu sahaja. Hal ini dapat mengelakkan kecurian dan keciciran. Selepas menyumbang tenaga kerja sebagai sukarelawan, saya amat kepenatan akan tetapi saya berpuas hati kerana dapat melihat keriangan dan kegembiraan para pelajar, ibu bapa & guru-guru yang bermain di gerai permainan tersebut. Adakah ini erti kegembiraan yang sebenar?     
 Program kedua kami pula adalah menjadi fasilitator untuk program KEBATIM di RUKESA, Petaling Jaya. Tujuan program ini pula adalah untuk mendidik serta mengadakan program yang amat seronok bersama anak-anak yatim yang berada di dalam lingkungan umur 5-15 tahun di RUKESA. Sebelum kami bergerak ke lokasi kejadian, sesi Training Of Trainers (TOT) diadakan pada malam sebelumnya untuk memberi penerangan dan briefing kepada para fasilitator tentang program esok.
Pada mulanya, kami mengadakan sesi ice breaking yang bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk berkenalan dengan abang fasilitator. Selepas itu, kami mengajar mereka tentang subjek-subjek yang terdapat di dalam silibus sekolah iaitu subjek bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan bahasa Melayu. Saya diberi tugas untuk menjadi ketua fasilitator bagi sesi bahasa Inggeris di mana saya ditanggung jawabkan untuk menjadi seorang guru di hadapan. Sesi ini sangat bermanfaat pada pandangan saya kerana anak-anak teristimewa tersebut telah didedahkan dengan pelajaran yang terdapat di sekolah. Akhir sekali, terdapat majlis penutupan dan jamuan.

Pengajaran yang saya dapat daripada program ini ialah bukan mudah untuk mengajar terutama kepada anak-anak pada lingkungan umur yang sangat muda ini. Mereka sangat aktif dan suka bergurau senda. Sebagai seorang fasilitator, saya belajar erti kesabaran yang sebenar dan perlulah mempunyai pendirian yang teguh untuk mengetuai sesebuah sesi. Saya juga mendapati bahawa sangat penting cara pengajaran seorang guru di dalam kelas. Jika gurunya mengajar ala kadar sahaja, maka pelajar akan hilang minat dalam kelas tersebut. Akan tetapi, jika guru tersebut bersungguh-sungguh dalam mendidik pelajar, tentunya pelajar akan bermotivasi dan berasa bersalah untuk ponteng kelas tersebut. Walaupun gaji seorang guru itu tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan profesion lain tetapi begitulah lumrah kehidupan. Saya mengharap dengan dua program yang diadakan ini memberi inspirasi kepada mereka yang menghadiri sesi-sesi tersebut untuk terus berusaha dan maju dalam kehidupan. Jika terdapat program sebegini, sudah tentunya saya akan melibatkan diri lagi.

FASA SELEPAS

            Untuk refleksi selepas, saya akan menggunakan kaedah SWOT (Strength, Weakness, Opportunity and Threat) iaitu menyenaraikan kelebihan, kekurangan, peluang, serta ancaman yang terdapat dalam program Sihatton dan program KEBATIM mengikut pandangan saya.

PROGRAM SIHATHON

KEKUATAN
-       Semua pengunjung berasa amat seronok dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun oleh pihak sekolah.

KELEMAHAN
-       Kekurangan penglibatan daripada orang luar, mungkin kerana kekurangan bahagian publisiti dan marketing.
-       Ketetapan harga yang terlalu tinggi pada produk-produk seperti air minuman, makanan dan sebagainya.
-        

HARAPAN
-       Membuka peluang kepada para pelajar untuk mengadakan program yang lebih menyeronokkan di bawah bimbingan guru-guru.

ANCAMAN
-       Aktiviti dijalankan di luar dan menghadapi risiko untuk ditangguhkan akibat cuaca buruk.

Kesimpulan: Cadangan saya untuk membaik pulih program “Sihatton” anjuran SK Taman Kosas ialah memanggil pihak luar untuk menjadi sponsor ataupun menjalankan perniagaan mereka ketika program tersebut. Hal ini dapat meningkatkan bilangan pengunjung di sekolah tersebut dan meningkatkan dana pendapatan untuk mencapai target yang telah ditetapkan. Selain itu, jika berlakunya hujan, pihak sekolah sepatutnya merancang pelan B. Sebagai contohnya, mengadakan program tersebut di dalam dewan yang tertutup.


PROGRAM KEBATIM

KEKUATAN
-       Program yang amat mudah dan menjimatkan kos.
-       Bilangan peserta yang sedikit (memudahkan pengurusan)

KELEMAHAN
-       Anak yatim kelihatan amat lesu dan terdapat juga yang tertidur.
-       Para fasilitator yang kurang berpengalaman dalam mengurus para peserta

HARAPAN
-       Peluang untuk mempromosikan Universiti Malay dan memberi inspirasi kepada anak yatim untuk lebih berusaha belajar mendapatkan pembelajaran di peringkat ipt.

ANCAMAN
-   Pembelajaran yang terlalu advanced menyebabkan para pengurusan RUKESA untuk tidak mahu mengadakan program seumpama pada masa akan datang.

Kesimpulan: Pada pandangan saya, para fasilitator agak kurang bersedia untuk menghadapi anak-anak yatim RUKESA kerana para fasilitator beranggapan bahawa mereka sudah tahu akan teori sains, pengiraan matematik dan pengunaan bahasa dan lingustik.

Saya menyedari dalam mengadakan aktiviti-aktiviti dan program-program ini bukanlah sebuah kerja yang amat mudah.  Dengan izin Allah SWT, saya diberi rezeki untuk menjadikan dua buah program ini sebagai pengalaman kepada saya. Program Sihatton membuka mata saya tentang pengurusan program besar-besaran. Melalui program tersebut, saya mendapat keyakinan untuk melibatkan diri dalam program sukarelawan yang akan datang. Manakala, program KEBATIM membuka mata saya bahawa menjadi seorang guru bukanlah mudah kerana dengan gaji yang seberapa, melayani tingkah laku murid-murid adalah satu halangan yang besar. Akan tetapi, itu bukanlah alasan untuk kita membiarkan para murid begitu sahaja.

Saya mengakhiri refleksi saya dengan sebuah kata-kata hikmat untuk memotivasi kan diri masing-masing daripada ahli gusti professional WWE, John Cena.


“There are moments in life where it gets so hectic that time becomes a blur. Keep calm and never give up”



DANIAL AYSAR BIN MOHD SHAH

KIG170028


Reflektif

Perkara pertama semasa kami merancang untuk melakukan social engagement ini ialah mudah dan banyak berbakti kepada masyarakat.Saya mengambil keistimewaan saya bertanyakan kepada ibu saya untuk kumpulan kami dapat melibatkan satu program apa2 yang dapat berbakti di sekolah ibu saya.Alhamdulillah , dengan rezeki dilimpahkan kami telah ditawarkan untuk melakukan khidmat bakti untuk program jogathon yang berlangsung pada 11/11/2017.
Pada 11/11/2017,saya dah kumpulan saya telah pergi ke sebuah sekolah iaitu sekolah kebangsaan taman kosas yang terletak di daerah hulu Langat Selangor. Kami bermula dengan melakukan senamrobik bersama-sama ibu bapa,pelajar dan tidak kurang juga guru besar melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.Selepas itu kami dibahagikan ke stesen2 permainan yang telah ditetapkan oleh penganjur program tersebut iaitu program jogathon.Program ini diadakan khusus untuk mengutip dana bagi meningkatkan wang sekolah supaya prasarana boleh ditambah atau dibaik pulih untuk kegunaan pelajar.Saya juga dapat berkomunikasi dan berkawan dengan guru2 di sana semasa saya menjaga stesen permainan yang ditugaskan.Kami juga sempat menemuramah pelajar, ibu bapa dan penganjur yang kebanyakannya memberikan komen yang positive dan bermanfaat tak kira pada sekolah,guru, pelajar dan murid.Program ini juga bertujuan untuk meraikan pelajar tahun 6 yang baharu sahaja habis menjawab peperiksaan UPSR kerana terdapat banyak permainan yang ditawarkan antaranya rumah hantu,dart swimming pool dan banyak lagi.Selesai sahaja tugas yang diberikan,kami terus berjumpa guru besar dan penganjur untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kami.kemudian kami pulang ke um dengan rasa puas hati dapat banyak berbakti untuk sekolah tersebut tidak kira dari segi rohani dan jasmani.

Program seterusnya adalah program bersama anak yatim untuk cukupkan jam kredit kami. Kami sampai di sana pada jam 8 pagi iaitu rumah anak yatim rukesa yang terletak di petaling jaya.Kami dijemput dengan mesra oleh penjaga dan anak2 yatim rukesa.kami memberikan mereka makan sarapan dahulu sebelum memulakan aktiviti.Selepas makan kami memulakan aktiviti kami antaranya ice breaking,science show,pertandingan Bahasa inggeris dan Bahasa melayu dan juga mathematic.Mereka jawab dengan penuh yakin dan tidak malu.Ini dapat menambahkan lagi ilmu mereka disamping meningkatkan kreativiti anak2 yatim dengan soalan2 yang luar kotak.Kami juga mengajar mereka cara untuk membuat porigami.Ternyata mereka amat berbakat kerana dapat melakukan dengan kemas dan cantik hasilnya.Selepas itu kami menyajikan mereka dengan makan tengahhari kemudian bergambar sebelum pulang ke university Malaya yang tercinta.Kunjungan tersebut amat membuat hati saya tersentuh kerana disamping mereka kehilangan ibu bapa mereka,mereka tetap menjalankan hidupan mereka secara biasa dan terus berusaha untuk mencapai cita2 mereka walaupun kekurangan kasih saying dan kemampuan.Itulah tujuan kami yang bukan sahaja kegembiraan kepada mereka tetapi memberi semangat untuk mereka terus maju supaya dapat mencontohi kami untuk masuk di university no.1 Malaysia ini.


KHAIRUL ANWAR BIN MAS'OAD

KIG170043




REFLEKSI JALINAN KEMASYARAKATAN

        Assalamualaikum w.b.t. saya Khairul Anwar Bin Mas’oad , KIG170043 daripada program sarjana muda kejuruteraan mekanikal telah melakukan tugasan bagi menjayakan subjek jalinan kemasyarakatan pada 11 november dan 9 disember 2017. Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr.  Tuan Zaharinie selaku penyelaras subjek Jalinan Masyarakat. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus bekerjasama dalam menjayakan tugasan ini.

SEBELUM

       Seramai 6 orang ahli dalam kumpulan kami, dan kami telah berbincang dan membuat perjumpaan untuk membincangkan aktiviti apa yang akan dilakukan dan memilih tempat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Program yang telah kami laksanakan bertempat di Sekolah Taman Kosas, Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas, 68000 Ampang, Selangor. Sekolah ini terdiri daripada pelajar- pelajar sekolah rendah dari umur 6 tahun hingga 12 tahun. Selain itu, kami juga telah melaksanakan program kebajikan anak yatim di pusat jagaan rumah kesayangan(RUKESA). Rumah kebajikan ini terdiri daripada kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 14 tahun. Dengan berbekalkan tenaga seramai 6 orang, kumpulan kami berjaya melaksanakan aktiviti yang telah dijalankan.
      Pada pandangan saya, urusan dan perancangan yang telah kami laksanakan adalah yang terbaik. Mesyuarat yang dijalankan secara jelas dan teratur membantu kelancaranprogram ini. Organisasi unutk aktiviti ini juga tersusun dengan baik dan telah dipertanggungjawabkan oleh setiap ahli dengan baik. Oleh itu, contoh nilai yang perlu ada di sini ialah ketepatan masa setiap ahli, dimana tanpa displin masa sebuah organisasi itu tidak dapat dijalankan dengan baik dan jayanya.

SEMASA

      Semasa program bermula pada hari sabtu di Sekolah Taman Kosas, semasa dalam perjalanan ke lokasi kejadian, terdapat sedikit dugaan yang tidak diduga dimana kami mengalami masalh pada pengangkutan yang kami patut naiki. Namun, hal ini telah diatasi dan kami berjaya berkumpul di sekolah terbabit walaupun agak lewat. Pada pendapat saya, biro pengangkutan seharusnya menetapkan pengankutan yang sesuai seperti menyewa van agar lebih mudah dan selesa. Justeru, hal ini dapatlah dijadikan sebagai sebuah pengalamn dan pengajaran kepada kami untuk program yang mendatang. Oleh yang demikian, kita sebagai perancang tidak mampu untuk mendapat apa yang kita hendak sepenuhnya, kerana Allah adalah sebaik-baik perancang dan penentu. Kesabaran dalam apa-apa juga perkara hendaklah wujud dan disemai dalam diri kita.
      Semasa program berjalan, saya mendapati setiap ahli kumpulan kami dapat bergaul dengan masyarakat setempat. Saya juga dapat bergaul dengan pelajar-pelajar dan dapat mendengar keluh kesah yang diluahkan oleh pelajar-pelajar terbabit. Saya juga dapat belajar untuk lebih mendekati dengan orang yang lebih muda mahupun orang yang lebih tua dari kita. Selain itu, saya juga memperolehi nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh anak yatim yang mana mereka sangat menghormati orang  yang lebih tua. Adab mereka terjaga dan mereka sgt menitikberatkan hal agama dalm kehidupan mereka. Saya juga sedar dan rasa bersyukur dengan nikmat yang telah kita dapat kerana ada orang yang lebiyh memerlukan dari kita.

SELEPAS

       Program bersama pelajar sekolah rendah berjalan dengan lancar dan kami juga berasa puas dan gembira walaupun agak penat melayan karenah pelajar- pelajar sekolah tersebut. Para peserta sangat berminat dan ibu bapa mereka juga turut menyertai. Kami terhibur dengan gelagat ibu bapa yang memberi sokongan jitu terhadap aktiviti yang kami lakukan. Mereka memberi respon yang baik kepada semua fasilitator. Pada masa yang sama, mereka  juga berkehendakkan agar program yang mendatang lebih santai dan menarik dengan aktiviti-aktiviti luar . Oleh yang demikian, nilai yang kita dapat disini ialah kemahiran berkomunikasi terhadap remaja dan kanak-kanak amat penting, tambahan pula profession sebagai seorang guru di alam persekolahan kelak.

       Kesimpulan yang saya dapat simpulkan ialah nilai-nilai yang penting dan amat dititikberatkan dalam setiap program ialah disiplin terhadap masa, kerjasama dan kesabaran. Tanpa nilai-nilai tersebut setiap aktiviti berkumpulan akan menghadapi lebih banyak masalah dan hasil kerja akan kurang bermutu. Sekian terima kasih. Wasalam.


MOOHTASIM HAQUE NEEROJ 

KIG170713





I’m Moohtasim Haque Neeroj from Bangladesh. In this article I’m going to describe my feelings and what kind of things we (me & my group mates) have gained from our tour for the social engagement project. We went to two different places for fulfilling this project. At first we went to a school in Ampang and then we went to A orphanage in Petaling Jaya.
In 11th November, 2017 we began our journey for the school very early in the morning. The school wasn’t that much far away from my place. My local friends took me there with them. I have to mention that my local friends are really helpful and caring about me. There was some kind of festival going on the school for the kids recreation. We were there to help the school authority to make that festival more enjoyable for the children. Before the ceremony begins we had a really enjoyable dance with the kids as a warm up. All the children and teachers attended that dance. There were so many tent for different kind of games. There were also few tents for food and the drinks. Our group members were separated for different tents. I was assigned for one tent as well. Little kids were coming there and playing those games. They were enjoying a lot by travelling through one to another tent for different games. I felt really pleased to be a part of their happiness. This school full of children reminded me of my own childhood. Though it’s a different country but the environment of the school is actually the same as my countries schools. I felt like I got back into my past and I became a child again. I got mixed up with them and had a lot of enjoyable moments with the teachers and the children.
After few days in 8th December, 2017 we began our next journey for the orphanage at Petaling Jaya. My local friends took me to that place as well. As a matter of fact I’m new in this country and don’t know much about the places around here. So as usual we began our journey that day very early in then morning. After reaching the place the adorable orphan kids warmly welcomed us by shaking hands and touching their forehead with it. It made me feel sad when I saw all those beautiful kids who never felt parents love. But thanks to the authority for taking care of them as own children. They all live there like a wonderful huge family. People might thing that my language is different and so that I was unable to communicate with those children. But sometimes, language is just nothing but a small burden. Actually, I was feeling kind of home. All of them treated and took a really good care for me. At first I was using my local friends as translator. But after spending few times, we (me and the little kids) began to understand each other by our body languages. We played some guessing games and drawing games with all those kids. Few amazing scientific fats were shown to the kids. We did some origami with them as well and had our lunch sitting together. I had some really good time all those kids. They wanted me to speak few words in Malay. So I learned few from my friends and introduced myself to them in Malay. Those adorable kids also wanted to learn some Bangla as well. I tought them and they were spreading those sentences. It made me so much please that I got the opportunity to be a part of their happiness. About this tour, this one was something more than just a project. I got my so many emotions attached with those kids. These small children really know how to have respect for each other. Leaving those kids was a sad moment for me.


After all these experience I had so many emotions going through my mind. These tours made so much respect for local Malaysian people inside of my heat. I really got the chance to know how people around here are like and I loved how they treat each other and how much they respect.



KHUZAIRI BIN AMIR HAMZAH

KIG170103


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Muhammad Khuzairi bin Amir Hamzah, KIG170103 akan menulis tentang aktiviti-aktiviti yang telah saya dan kumpulan jalankan untuk subjek Jalinan Masyarakat ini.
SEBELUM
Sepanjang minggu 1 hingga minggu 3, saya telah mengikuti kuliah Jalinan Masyarakat yang dijalankan di Fakulti Kejuruteraan. Dalam tempoh masa tersebut, sebuah kumpulan telah ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti bersama. Walaupun telah dinasihatkan agar sesebuah kumpulan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 10 ahli, kami tidak berjaya memenuhi kriteria tersebut atas dasar semua pelajar lain telah mempunyai kumpulan. Kekurangan ahli bukanlah satu halangan bagi kumpulan kami untuk tetap menempuhi keperluan subjek ini. Saya berasa amat bersyukur kerana mendapat ahli kumpulan yang telah lama saya kenali. Hal ini menambah lagi kelebihan kumpulan ini dan memudahkan kami berkomunikasi dalam merancang aktiviti. Kehadiran seorang pelajar antarabangsa juga menambahkan lagi keunikan kumpulan ini. 
Kami memulakan perbincangan agak lewat kerana masing-masing agak sibuk dengan FESKUM yang berlangsung dan juga latihan SUKMUM yang telah mengambil sedikit masa ahli-ahli kami. Pada awalnya, kami merancang untuk menjalankan 3 aktiviti bagi mencukupkan jam kredit sebanyak 32 jam yang terdiri daripada menyertai projek ‘Sihathon’ anjuran SK Taman Kosas, menyertai ‘Feed The Homeless’ anjuran sebuah projek Kolej Kediaman Ke-12 dan projek kitar semula di kawasan perumahan sekeliling Universiti Malaya. Sedikit masalah komunikasi berlaku di antara kami dan Dr. Tuan Zaharinie selaku instructor kami berkaitan dengan kertas kerja. Saya dengan rendah hati mengaku bahawa semua itu berpunca dari kekhilafan diri saya sendiri selaku ketua kumpulan dan rasa amat bersyukur kerana Dr. Tuan Zaharinie sangat baik dalam mengawal keadaan dan akhirnya semuanya selesai dengan sangat baik. Setelah beberapa diskusi, kami mengambil kata putus untuk menyertai program ‘Sihathon’ dan projek KEBATIM anjuran Kolej Kediaman Kelima.

SEMASA
Pada 11 November 2017, kami telah bergerak ke SK Taman Kosas untuk menyertai program ‘Sihathon’. Sihathon merupakan program kutipan dana di mana pihak ibu bapa dan guru(PIBG) dan kelab bilik guru(KEBIRU) sekolah tersebut sama-sama bersepakat untuk menganjurkannya. Segala kutipan duit yang dikumpul sepanjang program ini berlangsung disalurkan sepenuhnya ke tabung sekolah demi pembangunan sekolah tersebut pada masa akan datang. Perjalanan kami bermula agak lewat kerana masalah di bahagian pengangkutan namun semuanya dapat dikawal dan kami tiba di sekolah tepat pada masanya. Setelah berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah, kami diarahkan untuk sama-sama menyertai senamrobik pada pagi itu. Saya dapat lihat penyertaan yang amat baik dari para pelajar. Rata-rata mereka sungguh bertenaga dan ceria walaupun matahari masih baru lagi terbit. Tenaga mereka seolah-olah meresap dalam diri kami dan kami makin bersemangat untuk menjalani hari ini bersama mereka.
Banyak kanopi telah dipasang yang terdiri daripada jualan makanan dan minuman, pertunjukan dan sukaneka. Kami telah ditugaskan untuk menjaga bahagian sukaneka. Contoh sukaneka yang dianjurkan termasuklah membawa bola ping-pong atas sudu, menjatuhkan tin kosong dan beberapa lagi dan semua gerai bersuasana amat meriah sekali. Keseronokan bukan sahaja dirasai murid-murid malahan pihak guru juga tidak kurang teruja dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan permainan yang disertai. Saya juga ada mengusik beberapa murid ketika mereka bermain dan kami sama-sama berseronok pada ketika itu. Pada waktu tengahari, rakan sekumpulan saya sempat menemuramah pengarah projek ini iaitu guru besar SK Taman Kosas.  Pada waktu petang, setelah rata-rata permainan habis berlangsung, kami sekumpulan bersama-sama pihak sekolah dan murid bergotong-royong membersihkan kawasan. Ini merupakan satu inisiatif yang bijak dari pihak sekolah dalam menyuntik sifat menjaga kebersihan awam dalam diri murid. 
Untuk projek yang seterusnya, kami telah menyertai projek Kebajikan Anak-Anak Yatim(KEBATIM) untuk mengadakan lawatan ke rumah anak yatim iaitu Rumah Kesayangan(RUKESA). Sehari sebelumnya, sesi Training of Trainers telah dijalankan bagi mendedahkan kami tentang tentatif pada hari esok dan cara-cara menjalankan aktiviti sewaktu di sana. Aktiviti kami kebanyakannya berunsur akademik dan saya telah diberi tanggungjawab sebagai ketua subjek Bahasa Melayu bersama rakan saya, Asyraf. Setibanya di RUKESA, kami disambut dengan senyuman manis adik-adik istimewa di sana. Kami memulakan hari tersebut dengan sesi perkenalan kami bersama mereka yang rata-rata berumur 7 hingga 14 tahun. Sesi perkenalan kami berjalan dengan amat lancar dan mereka tidak berasa janggal langsung. Ini amat menyenangkan hati kami dan sedikit sebanyak, ikatan antara kami makin terasa.
Aktiviti dilangsungkan lagi dengan subjek Bahasa Inggeris di mana Ikhlas ditugaskan sebagai ketua. Mereka berinteraksi dengan baik dengan kami walaupun ada sesetengah dari mereka yang kurang fasih dengan bahasa barat tersebut. Setibanya di subjek Bahasa Melayu, saya dan Asyraf berjaya mencuri perhatian adik-adik tersebut dengan beberapa pantun spontan lucu yang kami lontarkan. Mereka juga tidak kurang hebatnya apabila ada yang membalas semula pantun kami dengan jenaka mereka pula. Sesi tersebut berlangsung berselang-seli dengan gelak ketawa kami. Kami akhiri hari tersebut dengan sesi makan tengahari bersama mereka. Di sini, kami dapat berbual dengan lebih dalam lagi dengan adik-adik ini. Kami menceritakan sedikit aktiviti harian kami sebagai pelajar universiti dan nampaknya mereka amat meminati perkongsian tersebut. Kami berharap agar kami dapat menyuntik jika tidak banyak, sedikit rasa teruja dalam diri mereka untuk belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading. 

SELEPAS

Sepanjang kami menjalankan kedua-dua aktiviti, saya dapat merasai hubungan antara kami sekumpulan makin rapat. Jurang bahasa antara kami langsung tidak terasa walaupun terdapat pelajar antarabangsa. Masalah tidak cukup masa tidak wajar dijadikan alasan dalam menyiapkan sesebuah tugasan dan kami semua telah belajar daripada kesilapan kami. Sebagai pelajar yang cemerlang, kami sepatutnya bijak mengurus masa dan bahagikan tugas mengikut kepentingannya. Banyak kemahiran yang kami berjaya peroleh sepanjang dua program ini antaranya kemahiran menarik pelanggan sewaktu menjaga gerai di sekolah, cara mencuri perhatian dan mengawal keadaan tanpa panik ketika di RUKESA dan bermacam-macam lagi. Hubungan silaturrahim kami bersama pihak pengurusan SK Taman Kosas dan ahli KEBATIM juga dapat dieratkan dan harapnya agar jalinan ini semakin akrab pada masa yang mendatang. 

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM

KEBATIM Projek ini merupakan projek dibawah kelolaan Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya. Objektif utama KEBATIM adalah untuk membantu anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pada 9 Disember 2017, kumpulan kami beserta kumpulan dari Kolej Kediaman Kelima telah mengadakan sebuah program amal di Rumah Kesayangan, Petaling Jaya atau lebih dikenali sebagai RUKESA. Rumah RUKESA yang terletak di Petaling Jaya ini merupakan rumah utama dan juga asrama bagi kanak-kanak perempuan. Bagi asrama lelaki pula, mereka mempunyai asrama baharu yang terletak di SS14, Petaling Jaya.  Aktiviti yang dilakukan perlu diasingkan mengikut lelaki dan perempuan. Aktiviti yang kami lakukan ini mengikut subjek-subjek tertentu seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Bagi aktiviti Bahasa Melayu, kami telah mengadakan aktiviti berpantun dan juga teka teki minda. Manakala bagi bahasa Inggeris, kami mengadakan pertandingan menyenaraikan beberapa perkara yang terdapat di ...

LET'S RECYCLE !

KITAR SEMULA Aktiviti terakhir kami adalah melakukan aktiviti kitar semula. Aktiviti kitar semula ini dilakukan di beberapa kolej kediaman yang terdapat di dalam Universiti Malaya. Kami telah mengutip barang-barang seperti botol terutamanya dari kalangan penghuni kolej. Selain itu, kami juga melakukan pengutipan surat khabar terpakai kerana apa yang kami dapati terdapat banyak surat khabar yang tidak dibaca dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Oleh itu, kami telah mengambil langkah untuk mengumpul surat khabar lama untuk dikitar semula. Seterusnya, kami juga mengutip kotak-kotak lama yang terdapat di merata tempat dan dikumpulkan di Kolej Kediaman masing-masing untuk dikitar semula.