KITAR SEMULA Aktiviti terakhir kami adalah melakukan aktiviti kitar semula. Aktiviti kitar semula ini dilakukan di beberapa kolej kediaman yang terdapat di dalam Universiti Malaya. Kami telah mengutip barang-barang seperti botol terutamanya dari kalangan penghuni kolej. Selain itu, kami juga melakukan pengutipan surat khabar terpakai kerana apa yang kami dapati terdapat banyak surat khabar yang tidak dibaca dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Oleh itu, kami telah mengambil langkah untuk mengumpul surat khabar lama untuk dikitar semula. Seterusnya, kami juga mengutip kotak-kotak lama yang terdapat di merata tempat dan dikumpulkan di Kolej Kediaman masing-masing untuk dikitar semula.
KEBATIM Projek ini merupakan projek dibawah kelolaan Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya. Objektif utama KEBATIM adalah untuk membantu anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pada 9 Disember 2017, kumpulan kami beserta kumpulan dari Kolej Kediaman Kelima telah mengadakan sebuah program amal di Rumah Kesayangan, Petaling Jaya atau lebih dikenali sebagai RUKESA. Rumah RUKESA yang terletak di Petaling Jaya ini merupakan rumah utama dan juga asrama bagi kanak-kanak perempuan. Bagi asrama lelaki pula, mereka mempunyai asrama baharu yang terletak di SS14, Petaling Jaya. Aktiviti yang dilakukan perlu diasingkan mengikut lelaki dan perempuan. Aktiviti yang kami lakukan ini mengikut subjek-subjek tertentu seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Bagi aktiviti Bahasa Melayu, kami telah mengadakan aktiviti berpantun dan juga teka teki minda. Manakala bagi bahasa Inggeris, kami mengadakan pertandingan menyenaraikan beberapa perkara yang terdapat di ...